Penularan wabak koronavirus dalam negara ini masih belum mencapai tahap kritikal, sehingga perlu menghentikan industri pelancongan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Namun, kerajaan akan memastikan pemeriksaan awal ke atas pelancong bagi memastikan wabak itu terus terkawal.

Tiada apa yang boleh dijangka mengenai wabak berkenaan memandangkan banyak negara lain juga menghadapi masalah yang sama. Tetapi pada ketika ini, ia masih belum kritikal sehingga ke tahap kerajaan perlu hentikan pelancongan dari China.

BACA: Coronavirus Adalah Senjata Biologi China Yang Bocor – Pakar Biologi

Perdana Menteri juga menjelaskan Malaysia tidak akan sewenang-wenangnya menghantar kembali pelancong China kembali ke negara asal mereka, terutama sekali empat pesakit yang sah hidap koronavirus kerana ia akan memberi risiko kepada mereka yang berhampiran.

Antara sebabnya adalah proses untuk menghantar pulang ke China akan menyebabkan berlaku transmisi virus antara mereka dan orang sekeliling dan kepantasan manusia bergerak menyebabkan kawalan sepenuhnya ke atas pelancong asing sukar dilakukan.

Beliau menasihatkan supaya rakyat Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga dengan memakai topeng muka terutama sekali ketika berada dalam kelompok manusia yang besar.

Sumber: Awani