Sekatan dari perkhidmatan Google disebabkan larangan perdagangan A.S. Huawei secara senyap membina ekosistem aplikasi dan perkhidmatan untuk menggantikannya.

Yang terbaru, dan salah satu yang paling penting dalam senarai ini adalah TomTom, yang akan berfungsi sebagai pengganti untuk Google Maps.

Menurut Reuters, navigasi dan syarikat pemetaan digital TomTom dari Belanda itu melancarkan perjanjian dengan Huawei, yang membolehkan gergasi China itu menggunakan peta dan perkhidmatan dalam aplikasinya.

Perjanjian itu sebenarnya telah ditutup “beberapa waktu lalu,” kata jurucakap TomTom, Remco Meerstra kepada Reuters, tetapi belum dimaklumkan kepada orang ramai sehingga kini.

Image result for google maps car

BACA: TikTok Bakal Membunuh Facebook Dan Instagram Tak Lama Lagi?

Google Maps adalah sebahagian penting dari aplikasi dan perkhidmatan mudah alih dari Google ekosistem. Ia dimuatkan pada telefon pintar Android dan menyediakan peta terperinci hampir setiap penjuru dunia, serta navigasi jalan raya.

TomTom adalah sebuah aplikasi “veteran” di dalam era ini, ia telah dihasilkan sebagai perisian navigasi dan pemetaan sejak tahun 1991.

Perjanjian itu merupakan langkah penting dalam misi Huawei yang hampir mustahil untuk menawarkan aplikasi alternatif dari Google.

Huawei masih boleh menggunakan khidmat sistem operasi Android tetapi tidak terdapat bersama aplikasi seperti Playstore, Google Maps, Youtube dan perkhidmatan lain Google.

Minggu lepas, Huawei menawarkan insentif 26 juta USD kepada developers untuk membuat aplikasi seperti Play Store, yang dipanggil Huawei Mobile Services (HMS).