Tular di media sosial membabitkan penahanan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Adhif Syan Abdullah dan empat pegawai khas ahli politik dalam satu parti di sebuah kondominium di Puchong. Malah dilaporkan juga antara mereka yang ditahan positif dadah. 

Dakwaan dibuat portal Johor Press pada 17 Januari Lalu yang bertajuk “Syed Saddiq sebenarnya Ada di Parti Dadah Tapi…” yang tular di WhatsApp dan internet.

Dalam portal tersebut menyatakan yang Syed Saddiq hadir ke parti tersebut tetapi nasib menyebelahi beliau apabila dikatakan dia sudah pulang lebih awal sebelum serbuan dibuat oleh pihak polis.

BACA: Papagomo Diserang Selepas Koyak Gambar Ketua Menteri Sabah Di Airport KK [VIDEO]

Related image

Hari ini, beliau menjawab dan mengeluarkan kenyataan yang beliau tidak sama sekali terlibat dalam parti tersebut dan menafikan kandungan artikel yang menuduh beliau.

Malah menurutnya, tuduhan yang mengatakan bahawa terdapat cubaan melobi projek-projek besar di dalam Kementerian Belia dan Sukan juga adalah palsu dan menjejaskan imej baik kementeriannya.

Johor Press juga memuat naik imej WhatsApp mendakwa parti itu berlangsung tiga malam berturut-turut, dianjurkan oleh seorang ahli perniagaan yang cuba melobi projek dalam kementerian.

Syed Saddiq berkata laporan polis akan dibuat terhadap Johor Press dan mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan berita tidak benar terutama berkaitan integriti kementeriannya.