Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) baru sahaja melabuhkan tirai dengan menobatkan Naim Daniel sebagai juara dengan lagu Sumpah yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil Kuala Lumpur malam tadi.

Lagu ciptaan Naim Daniel dan Omar K dinyayikan sangat baik pada malam itu sehingga mendapat tempat pertama dalam anugerah berprestij tersebut.

Naim Daniel di Anugerah Juara Lagu 34. Gambar: Berita Harian

Kemenangan itu membolehkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi.

Naib juara pula milik penyanyi rap yang kian meningkat naik, Aman RA dengan lagu Bangun ciptaan Navigator. Mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM35,000 berserta trofi.

Tempat ketiga milik lagu Anta Permana ciptaan Hael Huaini dan Ezra Kong nyanyian Bob Yusof. Menyaksikan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 berserta trofi.

Penyanyi lagu Kisah Cinta Kita Hafiz Suip dipilih sebagai pemenang Vokal Terbaik sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000 berserta trofi.

Tidak hanya itu, Hafiz turut memenangi Persembahan Terbaik menerusi lagu sama. Hafiz membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000 dan trofi.

AJL34 dihoskan Awal Ashaari, Sherry Al Hadad dan Haziq Hot FM.

Persembahan pembuka tirai AJL34 membariskan pemenang vokal terbaik AJL yang lalu seperti Liza Hanim, Misha Omar, Adibah Noor, Jaclyn Victor, Lah Ahmad, Black dan Hazami.

Persembahan interlude AJL 34 pula menampilkan karya-karya balada M.Nasir yang disampaikan oleh Ameng Spring, Fredo, Datuk Hattan, Datuk David Arumugam, dan Datuk M. Nasir sendiri.

Nyanyian penuh Naim Daniel, Sumpah di AJL34

Sumber: [1]

Cover gambar: senangterhibur