Wabak Virus Nipah adalah virus yang pernah melanda Malaysia sewaktu September 1998 hingga Mei 1999 di negeri Perak, Negeri Sembilan dan Selangor. Sejumlah 265 kes ensefalitis akut (radang otak) dengan 105 kematian yang disebabkan oleh virus itu dilaporkan di tiga negeri tersebut.

Pada awalnya, virus Nipah muncul pada masa Kerajaan menyangkakan ianya sekadar virus Japanese Encephalitis (JE). Penyakit itu mulanya dianggap bawaan nyamuk yang menyebabkan berlaku kematian, dan pihak berkuasa terus menerus melakukan semburan nyamuk.

Namun ada sesuatu yang menarik perhatian 2 orang doktor anak tempatan ini.

BACA: Coronavirus Adalah Senjata Biologi China Yang Bocor – Pakar Biologi

Doktor tersebut adalah pelajar PhD, Dr Chua Kaw Beng dan Dr Chong Tin Tan yang menyedari virus tersebut tidak menyerang orang Muslim jadi sudah pasti ianya bukan penyakit bawaan nyamuk. Perkara itu dimaklumkan kepada penyelia PhD yang mana seorang professor namun tidak diendahkan.

Malahan pihak berkuasa iaitu kerajaan juga tidak mempercayainya dan menegaskan ianya penyakit bawaan nyamuk pada awalnya. Dalam masa yang sama kes kematian terus meningkat. Percubaan Dr Chua dan Dr Tan meyakinkan tapi tetap tidak diendahkan.

Dengan itu, Dr Chua mengambil keputusan untuk meyakinkan professor beliau utk dihantar ke Pusat Kawalan Penyakit di Amerika Syarikat untuk menyelidik penyakit yang dikatakan bawaan nyamuk tersebut.

Namun, semasa proses pergi ke sana Dr Chua sebenarnya telah menyeludup virus Nipah yg disimpan di dalam bagasi beliau utk dikaji di sana. Beliau terpaksa melanggar semua prosedur yang ada demi keselamatan negara tercinta.

Sejurus tiba kajian terus dilakukan dengan segera untuk mengenal pasti virus sebenar yg menyerang manusia di Malaysia.

Keputusan yang diterima seperti dijangka oleh Dr Chua dan Dr Tan yang mana virus tersebut bukanlah virus bawaan nyamuk iaitu Japanese Encephalitis (JE). Tetapi virus tersebut sebenarnya bawaan KHINZIR.

Dr Chua terus berhubung dengan pihak berkuasa Malaysia dan memaklumkan perkara tersebut. Beliau juga meminta kerajaan pada waktu itu berhenti menyembur nyamuk dan menghapuskan khinzir dengan kadar segera.

Gambar: npr org

Kerajaan Malaysia tidak menunggu lagi, anggota tentera dikerah, kubur besar digali dan khinzir ditolak dan ditembak. Lebih 1 juta ekor khinzir dihapuskan dan ia ternyata berkesan!

Virus Nipah yang telah membunuh terus hilang, wabak ini telah mengubah landskap ladang-ladang khinzir menjadi lebih terurus dan bersih. Dr Chua dan Dr Tan menerima Anugerah Merdeka dan Anugerah Sains Mahathir.

Kitaran Transmisi Virus Nipah di Malaysia

1 Nipah virus transmission cycle in Malaysia. Pteropid fruit bats are the natural reservoir of Nipah virus. Bats roosting in fruit trees on pig farms transmitted the virus to pigs. Pigs transmitted Nipah virus to people in close contact with themĀ 
Gambar: Vincent Munster

Sejenis Kelawar bernama Pteropus adalah asal pembawaan semula jadi virus Nipah. Kelawar itu bertenggek dan memakan buah-buahan di pokok berdekatan ladang khinzir. Lalu, khinzir memakan buah-buahan yang telah tercemar dengan virus Nipah dari kelawar dan menularkan virus itu kepada manusia yang berdekatan atau yang memakan khinzir tersebut.

Sumber: [1], [2], [3], [4]