Bagi mendapatkan seorang majikan yang baik hati dan sering memberi ganjaran kepada pekerja adalah idaman setiap orang. Terutama di Malaysia, kita hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum.

Seorang pemilik akaun TikTok, @khiu19, sering kali memuat naik video di aplikasi TikTok yang mendapat perhatian dan pujian ramai warganet. Beliau mendapat pujian kerana, walaupun berbangsa cina tetapi video yang dimuatnaik adalah dalam Bahasa Melayu.

Apa yang lebih menarik perhatian, baru-baru ini beliau telah menaja seorang pekerja yang telah bekerja selama 10 tahun di syarikat beliau untuk pergi ke Mekah sempena Tahun Baru Cina.

Khiu bertanya, apakah impian dan hajat pekerjanya selama 10 tahun telah berkhidmat bersama beliau.

Jawapannya..

@khiu19

Impian pekerja adalah impian boss juga. #makkah #Mkcurtain

♬ bunyi asal – Dato’Calvin khiu

Bagi menunaikan hajat pekerjanya itu, beliau telah menghadiahkan pakej umrah secara percuma. Menurut Khiu, pekerjanya itu sangat bagus dalam menjalankan tanggungjawab dan tidak memberi masalah.

Di akhir video, pekerjanya berkata yang dia selalu mendoakan kesihatan Khiu dan isterinya sepanjang 10 tahun bekerja di situ.

Video itu dimuat naik ke akaun TikTok @khiu19 dan telah dikongsikan ke laman sosial Twitter.

Pengasas MK Curtain

Khiu19 atau nama sebenarnya Dato’ Calvin Khiu adalah seorang pengasas syarikat MK Curtain, sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan langsir nombor 1 di Malaysia dengan lebih daripada 20 cawangan di seluruh negara.

Dato’ Calvin Khiu memulakan perniagaan langsirnya di bawah syarikat, CK Textile, dengan liabiliti dari tahun 2005.

Gambar: Instagram

Beliau juga merupakan pengasas Outstanding Entrepreneurs (OE) business school.

Khiu telah dianugerahkan pelbagai anugerah dan penghormatan termasuk “Anugerah Usahawan Terbaik Ernst & Young”, “100 Usahawan Muda Paling Berpengaruh di Malaysia”, dan “Ten Young Malaysian Outstanding (TOYM)”

Dato’ Calvin Khiu di Outstanding Entrepreneurs (OE). Gambar: Instagram

Siapa sangka orang yang sering bermain TikTok merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya.

BACA: Tan Sri Syed Azman: Billionaire Melayu Pernah Jual Kereta Terpakai Sebelum Berjaya