Pelakon Liyana Jasmay menyerang seorang peminat apabila dia dinasihatkan supaya memakai tudung dengan betul.

Terbaharu, pelakon berusia 31 tahun itu memakai fesyen tudung yang kelihatan seperti snowcap dalam telemovie Tolong Saya Encik Dinosaur.

Menurut salah seorang pengguna Twitter dengan tweethandle @xxxbyefelicia, Liyana seharusnya tidak mengenakan hijab jika tidak bersedia.

Dia pada awalnya memuji telemovie tersebut dengan mengatakan “Actually tgk tayangan perdana 30 mins tu not bad. Mcm best jugak.”

“Cuma tajuk je pelik n Liyana Jasmay fgs kalau x ready nak bertudung tak payah la. Kekdahnya dalam cerita ni ala ala jd emo berhijab lepas tanpa pin.”

“Anyway. Dia yg direct that’s why dia heroin okay”

Liyana enggan berdiam diri membalas tweet tersebut mengatakan bahawa ianya bukan hal @xxxbyefelicia untuk bercakap soal peribadi pelakon itu.

“Memakai tudung atau tidak juga tiada kena mengena dengan anda. Ia soal peribadi. Ouh dan btw awak tidak tahu mengenai fesyen! #SOKAMPUNG, “dia tweet.

Walau bagaimanapun, respon Liyana mendapat pelbagai kecaman susulan dari itu.

Ramai yang mengatakan mereka pada mulanya ingin menonton filem itu tetapi selepas melihat bagaimana Liyana respon, mereka mengubah fikiran mereka.

BACA: Tak Ada Pelakon Lain Ke Berlakon Filem Aksi? Tak Habis2 Hairul Azreen – Netizen