Sebuah projek mega, Forest City yang terletak di Johor dikatakan tampak seperti di negara asing kerana struktur bangunan seperti bukan di Malaysia dan kebanyakan papan tanda digunakan dalam bahasa cina.

Dalam posting Ahmadkhairul Sabirin, beliau berkata kawasan di Forest City banyak menggunakan papan tanda bahasa cina, keadaan di sana terasa amat asing bagi rakyat Malaysia.

“Di sini juga aku rasa asing. Rasa tempat ini bukan sebahagian dari Johor. Haha. Kau cuba datang sini dan rasa lah sendiri. Rasa kau adalah tourist. Mana-mana ada sign bahasa Cina.” katanya.

Tambahnya lagi, harga untuk apartment tersebut tidak masuk akal, iaitu RM1300 ke RM1800 per segi. Anggaran untuk sebuah rumah lebih RM1 juta.

“Apa yang aku nampak, lambakan rumah kosong. Kalau ada owner pun,kebanyakan nya di oversea.” katanya.

Beliau berpendapat yang projek ini akan hanya gah pada masterplan sahaja, hakikatnya realiti menyimpang jauh.

JAWAB: Kenapa orang cina di Tanah Besar China suka datang Malaysia?

Projek Forest City Menghadapi Masalah

Image result for forest city johor
Sumber: The Straits Times

Menurut berita harian, projek Forest City, Johor yang bernilai RM413.77 bilion itu, menghadapi masalah apabila ia dilihat menjadi sasaran penilaian semula oleh kerajaan sebagaimana projek mega lain berkaitan China.

Projek berkenaan dilancarkan di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Najib Razak, bagi menyasarkan pelaburan dari China.

Selepas kemenangan Pakatan Harapan, Tun Mahathir Mohamad menyelar tindakan lambakan warga asing yang membeli unit apartment di projek berkenaan.

Mahathir membatalkan beberapa projek yang dibiayai China bernilai RM91.03 bilion yang dimeterai oleh kerajaan sebelum ini. Beliau berpendapat perjanjian China dengan Kerajaan sebelum ini adalah tidak adil kepada Malaysia.

Beliau juga sekeras-kerasnya menentang kerana ia dibina untuk warga asing, bukannya untuk rakyat Malaysia.

Akhir kalam, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.

Sumber: [1],[2]