Tular di media sosial baru-baru ini, bila ada pihak tertentu mengeluarkan kenyataan tentang e-Tunai rakyat, di mana kerajaan akan menggunakan data peribadi pendaftaran untuk tujuan tertentu selepas membuat penebusan RM30.

Dakwaan tersebut wujud selepas ada pihak tertentu yang mendedahkan notis privasi dari salah sebuah aplikasi e-Tunai, dimana mereka mempunyai hak untuk kumpul, simpan dan dedah data peribadi.

Ini adalah notis privasi dari aplikasi-aplikasi e-Tunai.

Image
Notis privasi: Grabpay

 

Notis privasi Boost

 

Notis privasi Touch “n” Go

 

Selepas diteliti Terma & Syarat dan Notis privasi dari ketiga-tiga aplikasi e-Tunai ini, kami boleh simpulkan yang tujuan data peribadi dikumpulkan dan disimpan adalah untuk program e-Tunai rakyat sahaja dan tidak ada kebenaran untuk jual data anda pada sesiapa.

Pendedahan data hanya kepada kerajaan Malaysia dan penama, jabatan dan / atau agensi kerajaan untuk mengesahkan dan memproses kelayakan permohonan anda untuk program ini.

Image result for lim guan eng
Gambar: Business Insider Malaysia

Penularan isu ini dapat perhatian Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata bukan tujuan kerajaan mewujudkan program e-Tunai Rakyat untuk mendapatkan atau menceroboh maklumat dan data peribadi rakyat.

“Kalau hendak sebut pasal data, semua ada dalam kad pengenalan, tidak perlu cara ini (program e-Tunai Rakyat).” katanya

“Oleh sebab itu, kita jangan terbawa-bawa dengan pihak tertentu yang mungkin iri hati program e-Wallet dan mahu memperkotak-katik program ini yang mendapat sambutan baik rakyat,” katanya pada sidang media menurut sumber.

indonesia deal with it GIF
Gambar: giphy

Kesimpulannya, penyimpanan data tertakluk di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Anda tidak perlu risau jika data anda didedahkan pada pihak ketiga, kerana kerajaan tidak membenarkan ketiga-tiga syarikat yang mengendalikan e-Tunai rakyat ini mendedahkan data kepada sesiapa.

Akhir kalam, jika anda tidak selesa dengan terma & syarat yang tertakluk, anda tidak perlu daftar. Data peribadi adalah hak anda!