Dikejutkan dengan caci maki dari selebriti tempatan Azwan Ali, anak perempuan Datuk Seri Vida ‘Cik B’ telah menggunakan TikTok untuk bertindak membalas terhadap keperibadian Azwan Ali yang menghina ibunya, adik beradik dan dia.

Video itu, yang disiarkan semula di akaun Twitter Cik B, menunjukkan bahawa dia melakukan tarian TikTok berlatar belakangkan lagu dan video caci maki dari Azwan.

Tweet itu telah mendapat lebih daripada 758,000 views dan 37,000 likes setakat ini.

“Orang kata actions speak louder than words ,” tulis Cik B dalam bebenang.

Beberapa komentar di video tersebut mendapat respon positif kepada Cik B yang menyokong tindakannya.

Beberapa hari selepas itu pula Cik B sekali lagi memuat naik satu gambar di Twitter dengan menunjukkan kad uno reverse.

“Hantar ni kat dia” tulisnya.

Terdahulu, Azwan, yang juga dikenali sebagai Diva AA, mencetuskan kemarahan Datuk Vida dengan membakar minyak wangi dan tudung yang diberi oleh jutawan kosmetik itu.

Lelaki berusia 53 tahun itu dilaporkan berang kerana tidak dibayar penampilannya selepas menghadiri acara yang dihoskan oleh Vida tahun lepas.

Video yang dimuat naik ke akaun Twitternya membuktikan dia membakar hadiah Datuk Vida kepadanya dan mengutuknya, memberitahu dia untuk “pergi mati”, mempersenda perkahwinan Vida, hina dua anaknya yang mati dalam kebakaran pada tahun 2013 dan body shaming Cik B.

BACA: Hina Kematian Anak, Persenda Perkahwinan: Azwan Ali Maki Hamun Datuk Vida Di Media Sosial [VIDEO]