Beijing telah memberi amaran pada negara-negara yang telah meletakkan sekatan perjalanan ke atas pelancong China, dengan mengatakan langkah-langkah seperti itu bertentangan dengan cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Pada 1 Februari, satu posting tweet yang dimuatnaik oleh Kementerian Luar Negeri China (MFA) pada akaun Twitter rasminya menyatakan bahawa “sesetengah negara telah menjadi buta terhadap cadangan WHO” dengan mengenakan “sekatan perjalanan terhadap pelancong China”.

Tinjauan ke tweet itu mengatakan bahawa sekatan perjalanan adalah “bukan cara yang betul untuk menangani pandemik” kerana mereka itu boleh “menjadikan keadaan lebih teruk”.

BACA: Wabak Koronavirus Belum Capai Tahap Kritikal Untuk Sekat Industri Pelancongan Dari China

Laporan South China Morning Post (SCMP) menyatakan bahawa Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, Rusia, Australia dan Singapura telah mengharamkan atau menyekat kemasukan pelancong China, dan mana-mana pelancong asing yang baru-baru ini melawat China.

Negara lain yang telah meletakkan sekatan perjalanan ke pelawat dari China termasuk Mongolia, Malaysia (pelancong dari Hubei), Filipina (pelancong dari Hubei), dan Jepun (pelancong dari Hubei).


 

WHO: Belum ada keperluan untuk sekat pelancong

Walaupun WHO telah mengisytiharkan korona virus adalah satu kecemasan kesihatan awam global pada hari Khamis, 30 Jan, ia masih belum dalam tahap untuk menyekat pelancong dari China.

Organisasi antarabangsa itu juga menentang sebarang langkah untuk menutup sempadan dengan China atau menyekat akses pelancong China, kata SCMP.


 

Terima kasih Malaysia

Dalam satu lagi tweet beberapa jam kemudian, Kementerian Luar Negri China mengucapkan terima kasih kepada beberapa negara, seperti Perancis, Jerman, dan Malaysia, mengatakan bahawa mereka telah menyediakan “bantuan dan sokongan kepada China”.

China mengucapkan terima kasih kepada Malaysia walaupun kerajaan tempatan Sabah dan Sarawak menyekat perjalanan pelancongan China ke Semenanjung Malaysia.

Sumber: [1]