Sebuah posting di Twitter hari ini menarik perhatian warganet apabila 2 orang pemuda menunggang motosikal melalui laluan tol untuk kereta.

Dua orang pemuda tersebut berhenti di laluan tol untuk membayar caj pada tol tersebut sedangkan laluan untuk penunggang motorsikal adalah percuma.

“Bila kau tak tahu nak beli apa after redeem e wallet tapi kena habiskan before 14/3” tulisnya dalam posting tersebut.

Video itu mendapat pelbagai reaksi dari netizen yang mencadangkan mereka sepatutnya boleh menggunakan wang e-Tunai rakyat itu untuk perkara lain seperti makanan, topup dan sebagainya.

Posting dari @asriirazali yang berdurasi 24 saat itu mendapat lebih 80 ribu views dan 6 ribu retweet.

Sebelum ini, e-Tunai RM30 telah bermula diagihkan sejak 15 Januari 2020 lepas, dan menurut angka terbaru yang dikongsikan, kerajaan mengatakan sebanyak RM66 juta telah diagihkan melalui program ini.

Anda boleh lihat cara untuk menebus RM30 tersebut di sini.

BACA: Dedah Data Peribadi Demi E-Tunai Rakyat RM30?