Tidak ada perkara yang menyatukan rakyat Malaysia selain makanan tradisi kita.

Namun, kita tak nak bercerita tentang resipi nasi lemak mahupun, berapa harga purata nasi lemak sekarang, tetapi kita hendak bercerita tentang seorang wartawan dari United Kingdom yang ‘menghina’ nasi lemak.

Hari ini, Katie Morley memuat naik satu posting di Twitter yang menyatakan pengalaman beliau makan nasi lemak semasa dalam penerbangan menuju ke UK.

Menurutnya, nasi lemak yang dihidangkan semasa penerbangan selama 13 jam itu, merupakan satu hidangan yang tidak kena dengan seleranya sehingga dia memberikan rating 0/10 kepada makanan tersebut.

“Atas dasar kepentingan awam, saya ingin berkongsi makanan yang tidak sedap ini, semasa menaiki British Airways selama penerbangan 13 jam. Lihatlah: Kari ayam bersama dengan telur rebus, dihidangkan dengan ikan bilis yang berbau, berlendir. IKAN BILIS. Saya biasanya suka makanan di dalam pesawat, tapi ini adalah 0/10 🤢”

Posting tersebut merujuk kepada Nasi Lemak yang dihidangkan di dalam syarikat penerbangan British Airways. Wartawan telegraph itu mendapat pelbagai respon netizen di bahagain komen.

Ini antara respon-respon netizen.

BACA: Ingatkan di China, Rupanya Johor: Forest City Penuh Papan Tanda Cina

Seorang lagi “mat salleh” yang fasih berbahasa melayu di dalam posting beliau mengatakan seorang wartawan sepatutnya buat kajian terdahulu sebelum ‘mengutuk’ makanan tersebut. Bagaimanapun, Rhys William menjemput Katie Morley untuk bersama-sama mencuba nasi lemak yang sedap di Malaysia.

Jadi kita tak boleh nak persalahkan sesiapa di dalam hal ini kerana lain orang lain citarasa, untuk rakyat Malaysia, Nasi Lemak tetap di hati. Jangan makan selalu sangat, nanti gemuk.

Sumber: [1]