Adalah sukar untuk untuk bangun pada waktu awal pagi kerana anda sering mempunyai kebiasaan untuk tidur lewat malam atau berjaga sepanjang malam menjadikan anda dijuluki “orang malam” atau “night owl“. Ini adalah masalah jika anda mempunyai tanggungjawab untuk dilakukan pada waktu pagi.

Adakah anda memerlukan lebih banyak motivasi untuk meninggalkan kebiasaan “night owl” dan mula menjadi morning person? Beberapa kajian menunjukkan bahawa “morning person” sebenarnya lebih bahagia daripada “night owl“.

Dan orang yang bangun awal pagi dilaporkan berasa lebih sihat dan lebih bertenaga. Membuat peralihan dari “night owl” ke “morning person” mungkin tidak mudah, tetapi terdapat beberapa langkah mudah yang boleh anda ambil.

Kami di Bual mempunyai Rahsia untuk anda bangun pagi dengan mudah.

1. Hentikan tabiat menekan butang “snooze” pada alarm anda

Satu tabiat buruk untuk susah bangun pagi adalah bila anda suka nikmati beberapa minit lagi untuk bermalas-malasan. Sebaliknya, cuba bangun dari tempat tidur dengan segera dan buat secawan kopi atau teh, atau mulakan hari anda dengan senaman ringan.

2. Biasakan senaman sebelum sarapan

Senaman sebelum sarapan pagi adalah bagus kerana tabiat ini dapat meningkatkan pembakaran lemak dan penurunan berat badan, dan menjaga kadar andrenalin anda tinggi beberapa jam kemudian.

3. Kemudian, nikmati sarapan dengan waktu yang lebih panjang

Nikmati sarapan dengan waktu yang lebih panjang jadi nutrien yang anda makan lebih lengkap. Pastikan sarapan pagi anda mengandungi protein, buah-buahan, sayur-sayuran, dan karbohidrat.

BUAL: 10 Ciri-Ciri Penjilat Boss di Tempat Kerja Anda

4. Tukar tempat tidur anda lebih dekat dengan tingkap

Sekiranya anda masih menghadapi kesukaran untuk bangun dari katil, ubah tempat tidur anda berdekatan dengan tingkap yang mudah dimasuki cahaya matahari. Ini kerana cahaya matahari akan membantu anda bangun lebih cepat kerana otak anda lebih sensitif terhadap cahaya.

5. Kurangkan aktiviti di lewat malam

Cuba untuk kurangkan sedikit demi sedikit masa yang anda gunakan pada waktu malam untuk mengubah ke masa untuk beristirehat. Dan elakkan dari gangguan yang boleh menganggu masa rehat anda.

6. STOP guna telefon satu jam sebelum tidur

Anda perlu matikan telefon satu atau dua jam sebelum tidur untuk membentuk suasana yang lebih selesa untuk tidur. Ini juga akan membantu minda anda untuk menjadi lebih tenang dan bersedia untuk tidur.

7. Siapkan keperluan-keperluan untuk hari esok

Pada malam sebelum anda tidur, cuba anda siapkan keperluan-keperluan yang akan digunakan untuk hari esok. Dengan cara ini, ia akan memudahkan anda menghadapi hari esok dengan lebih bersemangat.

Gambar cover: pexels